Entry: [ Syawal 1429 ] - Episod 6: Another Funeral Wednesday, October 15, 2008



+ Malam raya ke tiga, Abalong datang membawa anak sulongnya bersama adik-adik, Mak Anjang sekeluarga, serta Mak Andak. Kunjungan yang pasa zahirnya biasa berbual, berseloroh. Itulah keluarga besar aku kalau berkumpul beramai-ramai. Namun siapa yang tahu kunjungan itu merupakan kunjungan terakhir Mak Andak ke rumahku.

+ Malam itu sambil kami berbual, Mak Andak boleh  tertidur. Sampai waktu nak balik baru kami kejutkan dan dia mengadu letih. Lebih kurang pukul 2 pagi telefon rumah berdering membawa berita gempar dari Mak Anjang; Mak Andak tidak sedarkan diri.

+ Kami sekeluarga bergegas ke Berchang. Sampai berdekatan rumah Mak Andak kereta aku berselisih dengan Ambulan yang kosong datang dari rumahnya. Hati aku berdetik; 'Ambulan kosong; Sama ada dia tak ada apa-apa atau sudah tiada.' Namun terkaan pertama aku meleset dengan pengkhabaran bahawa Mak Andak sudah tiada.

+ Arwah adalah adik kepada arwah ayah. Perginya di dalam tidur. Tiada apa-apa tanda sakit. Dan perginya di Pagi Jumaat 3 Syawal 1429. Maka berterusanlah pagi itu dengan menguruskan jenazah dari mandi, kapan, solat serta pengkuburan. Semuanya selesai lebih kurang pukul 11.00 pagi.

+ Arwah adalah orang yang ketiga dalam keluarga sebelah ayah aku yang meninggal sebegitu. Bermula arwah datuk yang juga meninggal dalam tidur, kemudian arwah ayah aku yang meninggal sejurus selepas solat Subuh dan kini dia. Konklusi bidang perubatan akan mengatakan ia adalah serangan jantung. Aku tidak nafikan dan aku perlu tahu ia bersifat genetik.

+ Al-fatihah untuk arwah Ustazah Dalilah Bte Ibrahim. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

+ Tammat.

+ Chow!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments