|
+ Raya kedua. Memang secara rutinnya masa aku untuk pergi beraya. Dulu-dulu aku dok tumpang orang je. Zaman moto duk bonceng moto orang. Zaman keta duk tumpang keta orang. Kali ini, buat first time; Aku jadi Drebar. Ha ha ha (gelak orang bangga) + Cadangannya, aku dan Mat Keli mahu ke rumah Rahim yang berada nun di Dada Kering (Jalan Lipis - Gua Musang), rumah yang mesti aku pergi tiap-tiap kali raya. Bukan adik dia lawa atau ade anak jiran dia ayu, tapi dah memang rutin aku. Hampir 2 jam bersembang kisah masing-masing, aku, Mat Keli dan Rahim ke rumah Syukur tidak jauh dari situ. Syukur antara sahabat aku yang sudah masuk alam kedua. Bukan alam barzakh. + Seterusnya ke rumah Sabri Akob yang ramai anak sedara yang comel lote dan ayu. Sahabat juga berbau bacang dengan aku. Kisah dia menarik. SPM keduanya mampu merubah kehidupan yanag nampak macam malap selepas hampir gagal dalam SPM pertama. Katanya dah dapat kerja bahagian perancangan bandar di Selangor. + Kemudian ke Kampung Gua, rumah Nuar Bungo dan Yien. Kat situ jumpa Wan Panjang dan Isteri dalam rehlah rayanya ke Lipis. Katanya mahu ke rumah aku dan Mat Keli. Selesai beraya kami menuju rumah masing-masing. + Petang itu Wan ke rumah aku. Lama juga bersembang tentang sahabat-sahabat lain. Ke mana, siapa, bagaimana. Walaupun raya tahun ni tidak berapa ramai yang aku jumpa tapi kira meriah la jugak. + Chow! + P/s: Korang dengar tak hari tu berita kata Minyak dunia sudah turun +/- USD 30 setong? Korang ingat tak Pak Lah kata nak turun rege minyak ikut pasaran dunia? Aku ingat .... (sambil mata melihat siling putih). + P/s 2: Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada calon PMR 2008. |
| Leave a Comment: |