Entry: [ Syawal 1429 ] - Episod 4: 'Eid al-Ula. Friday, October 10, 2008



+ 1 Oktober 2008 dah ditetapkan sebagai tarikh Aidilfitri tahun hijrah ini. Hari sebelumnya sudah sembelih ayam kampung mak aku. Ya, tahun ini menunya Ketupat Segera Adabi dan Rendang Ayam Kampung.

+ Tahun ni juga tak macam tahun lepas. Aku tak jadi khatib raya di surau Kuala Lambar sebab surau tak buat sembahyang raya. Jadi aku dan famili bersolat di Masjid Berchang.

+ Sesudah bergambar raya, rutin Aidilfitri diteruskan dengan menziarah kubur arwah ayah kemudian beraya ke rumah Pak Itam dan Mak Andak.

+ Petangnya Pendi dan Yusran datang beraya. Pendi sudah berAvanza. Orang dah bertunang la katakan. Kemudian kami ke rumah Mat Keli; geng kami yang kerja paling jauh. Di Perlis. Cadangnya mahu ke rumah Nahar & Darna tapi oleh kerana Nahar tak balik raya, cadangan itu ditutup dibatalkan.

+ Raya pertama selesai mengikut rutinnya. Esok aku dan Mat Keli sudah bercadang mahu berkonvoi bujang raya. Err konvoi kena banyak keta kan? Kalau 2 keta je kira konvoi ke?

+ p/s: Kenapa Pak Lah x mboh jadi Perdana Menteri dah? Sila jawab kalau korang tahu jawapannya. Ha ha ha.

+ Chow!

   1 comments

cikwa
October 11, 2008   07:36 AM PDT
 
salam idulfitri ke11.
pasal jawaban paklah tu, saya tak dapat ilham lagi lah. ha ha ha
=)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments