Guru yang separa sedar; Mengajar, belajar atau .....








gild

Pernah orang bertanya; Kenapa perlu berjuang kalau sepanjang jalan tidak menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan?

[ About Gild ]

[ Sejak Mac 2004 ]





[ Link Me ]



[ Banner dari ehsan Teman - Credit to her ]




[ Sembang dalam bilek ]
   

[ Aku dalam gambar ]

[ Tuan Bilek ]


Gild diambil dari bahasa arab yang bermaksud kulit nisbah kepada nama Kampung aku, Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenar Felza Zurrasyiiq Bin Abd. Hamid. Diputerakan pada tanggal 5 September 1981 dan kini berumur 27 tahun. Pemegang Ijazah Fakulti Usuluddin, Jabatan Aqidah dan Falsafah di Universiti al-Azhar cawangan Manoufia, Mesir. Setakat ini masih tersekat di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang.


[ Taqwim & Arkib ]
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

[ Bilek Orang ]
Akhimasrawi :: Amiza Khusyri
Nani :: Ainul
Hudasoid :: Ghafirah
Wanzu :: Thurayya
Nurein :: Lavendar
Rina :: Nazmi
Nile-Chem :: Syam
IceSoul :: Alana
Widz :: Salha
Alifstyle :: al-Qadiri
Muiz :: Teman
Wa@Eisraa :: Rodi Puyek
Mahput :: Zul Damanhur
Abalong :: Kak Yalin
Tawel :: Kha
Ubai :: Herda
Kak Nyemah :: Nailofar
Xarafatima :: Kay
Mus'ad

teMan-xBlog


[ Bilek Lepak ]
Alwancomics
Gengjurnal
Pergh.com

[ Bilek Bacaan ]
Utusan
Harakah



[ Bilek Tamu ]
[ Lepak / komen ]
Get a free Guestbook

Hit Counter
Free Counter




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, October 07, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 2: Ablal 'eid

+ Cuti raya bermula hari sabtu 27/9. Hari Jemaat cikgu-cikgu sekolah aku dah cabut balik kampung masing-masing. Tinggal Zam sorang je dengan agenda tersembunyinya. Paling awal Din sebab dia yang paling jauh; Kelantan. Aku dengan Saari dah komfem balik lepas asar ikut jalan Dafi Bera. 

+ Viva Vs Wira S.E

+ Oleh kerana nak jadi seorang warga negara yang baik, patuh dan berdedikasi, maka aku pun memandu secara sopan. Tak sampai pun 100 km/j. Sampai satu simpang, dengan sopannya aku bagi isyarat ke kanan dan berhenti di garisan putih. Sambil memberhentikan kereta, sempat aku menoleh side miror dan di situlah bermulanya cerita.

+ Sebiji Wira S.E dalam keadaan kelam kabut mahu memberhentikan keretanya sampai berkepul asap terbit dari tayarnya. Aku yang hampir tergamam sempat melajakkan sedikit kereta ke depan tapi akhirnya bedentum juga. Dalam hati; " Cilako, kena jugak!"

+ Melihat dari side miror keadaan kereta tersebut, aku dah bayangkan bumper belakang aku ni kalau x pecah kemek, calar, hancur. Bila aku parking tepi, keluar tengok belakang, alhamdulillah hanya sedikit calar, bonet kemik sikit. Kereta mamat tu but sampai tak boleh bukak nasib tak makan enjin.

+ Di pendekkan cerita, (walaupun dekat sejam aku menunggu keputusan dari mamat tu, nak repot ke tidak.) akhirnya masing-masing sepakat nak settle lepas raya. Antara yang terlibat dalam peristiwa nak repot ke tidak ni termasuklah Saari yang patah balik walaupun dan 10 perlaungan jauh ke depan, Zam yang baru balik dari Segamat dengan misi misterinya serta 2 orang member mamat tu. Nasib baik mamat tu rupanya member Razly.

+ Sekarang ni keta aku ada pada Aji Ghani. Katanya dekat RM 300 nak jadi macam keta baru balik. Dah alang-alang anto repair, belasah je la.

+ Nak tengok gambar bukti keta Viva lagi kuat dari Wira S.E klik sini.

+ Chow!

+ P/s: Ablal 'eid: Sebelum raya.

Posted at 10:40:03 am by gild
Ada 3 komen dihantar  

Monday, October 06, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 1: Sinopsis

+ Kullu 'amin wa antum kullukum bilkhair. Mungkin sepanjang seminggu ini aku mahu rangkumkan cerita raya aku dalam catatan bersiri ini. Banyak yang mahu aku ceritakan walaupun tempohnya hanya lebih kurang seminggu.

+ Seminggu itu semacam setahun. Kalau mahu tulis secara prolifik, mungkin aku boleh terbit novel. Nasib aku tak reti menulis. Jadi aku mahu cerita pasal raya aku tahun ni. Raya kali kedua di tanahair sejak balik dari perantaun mencerita pelbagai kisah suka duka.

+ Penghargaan:-

1. Warga Sma Bukit Ibam
2. Aji Ghani
3. Mamat yang langgar keta aku & geng dia
4. Jemaah Surau Kuala Lambar
5. Famili besar aku
6. Mat Keli & famili
7. Pendi & Yusran
8. Rahim & famili
9. Syukur & famili
10. Nuar Bungo & famili
11. Yen Gua & famili
12. Wan Panjang & Isteri
13. Penduduk Kampung Berchang & Relong
14. Rodi, Amin Talib & Anek Panjang.
15. Tapa Skukuh
16. Cik Wa.
17. Mereka yang terlibat menjayakan kisah ini secara langsung atau tidak langsung, seperti mamak kedai gunting, akak jaga tol, brader polis yang buat rodblok, drebar ambulan dan sebagainya.

+ Chow.






Posted at 10:39:09 am by gild
Ada 1 komen dihantar  

Friday, September 26, 2008
[ Guru & Murid ] - Episod 19: Duit Raya?

+ Satu soalan yang sangat selalu aku dengar sehari dua ni ialah: "Ustaz, nak duit raya."

+ Jadi, sebagai seorang Ustaz bujang, ensem sikit-sikit, serta pakai keta, maka jawapan aku mudah: "Tunggu saya kawen!" hu hu hu.

+ Bajet duit raya aku kali ini hanya RM 6, diulangi RM 6. Sebab anak sedara ada 6 orang sahaja. Budak-budak tak boleh pegang duit banyak. Nanti dorang beli aiskrim. Aiskrim membahayakan kesihatan kanak-kanak.

+ Oleh kerana hari ini sahaja aku sempat jumpa PC berinternet sebelum raya, maka pesanku; Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1429 H. Maaf Zahir dan Batin. Kad Raya? Korang buat la sendiri dengan menyertakan nama aku, ataupun selitkan sahaja nama aku pada mana-mana kad yang korang terima. Pak Lah kata kena jimat cermat. Mungkin sebab nak jimat dia turun seposen je. Ha ha ha.

+ Chow!

 


Posted at 10:51:51 am by gild
Ada 3 komen dihantar  

Saturday, September 20, 2008
[ Puasa, pasar Ramadhan dan Raya ]

+ Sekarang, nak jumpa orang yang tidak berpuasa tak payah selongkar belukar, ambush kedai cina atau terjun sungai. Kadang-kadang di rumah kita sendiri pun ada, di pejabat kita sendiri pun ada, malah di dalam keluarga dan sahabat-sahabat kita pun ada. Zaman dah berubah manusia dah maju... makin lupa Allah.

+ Yang aku tak faham; Dah la tak puasa, lagaknya macam berpuasa. Dengan sibuknya di pasar Ramadhan, sibuknya mahu berbuka, siapkan itu, siapkan ini. Malah lebih sibuk bila hampir raya. Baju raya dia dulu siap, dia paling banyak. Agaknya, apa yang mereka anggap pada puasa?

+ Bila sampai dah tua puasa pun culas lagi, apa akan jadi pada anak-anak mereka? Agaknya, patutla anak-anak murid aku ramai kena tangkap tak puasa. Bukan nak salah ibubapa dorang, tapi mungkin masyarakat sekitar mereka yang begitu, yang ramai tak puasa dari berpuasa.

+ Chow!

Posted at 1:50:33 pm by gild
Ada 2 komen dihantar  

Wednesday, September 17, 2008
[ 17 Ramadhan a.k.a 17 September ]

+ Perasankan bulan Ramadhan tahun ini kiraannya sama dengan takwim masihi. Bermula dari 1 Ramadhan jatuh pada 1 September 2008. Mungkin ada yang kurang perasan, Ramadhan adalah bulan ke 9 dalam tahun Hijrah dan September juga adalah bulan ke 9 tahun Masihi. Sengaja mahu buat-buat kebetulan yang mungkin dimanapulasikan sebagai misteri....... hu hu hu. Orang kitakan suka yang begitu.

+ Semalam sekolah buat Majlis Khatam al-Qur'an, (Alhamdulillah!) Tidaklah semeriah mana cukup untuk menyatakan kesyukuran dengan datangnya Ramadhan serta turunnya kitab suci al-Qur'an.

+ Oh, 16 September dah lepas. Kerajaan belum bertukar. Itu tidak meriah dah. Ahli Kabinet letak jawatan lebih meriah. Sila baca surat khabar anda, tajuk mana lagi meriah?

+ Chow!

Posted at 4:29:09 pm by gild
Ada 1 komen dihantar  

Thursday, September 11, 2008
[ Jangan buat spekulasi! ]

+ Aku pun x berapa nak paham makna spekulasi tu. Tapi dah biasa dengar, nak guna la juga perkataan tersebut. Hu hu hu.

+ Bila 'Orang dia' yang buat kenyataan sensitif, maka ayat yang pertama keluar dari mereka-mereka di kerajaan ialah; "Jangan buat spekulasi," Tapi kalau orang sebelah sana yang terbuat kenyataan isu sensitif, nah amik kau, satu UITM buat demo.

+ La ni semua manusia di Tanah Melayu ini tengah tunggu tarikh 16 September 2008. Aku teringat tengok cerita Kung Fu Panda dengan Skrol Naga Rahsia itu. Sengaja si Kekura tua itu buat cerita tentang Skrol Rahsia. Padahal kosong tiada apa-apa. Tapi impaknya apa? Aaa lu tengok la sendiri... Jadi, kalau jadi bebetul pun 16 September tu, ataupun tak jadi, impaknya kita semua dah tengok kan? Sampai buat lawatan sambil belajar... hu hu hu, macam bebudak skolah dah aku tengok. wakakaka.

+ Opss terlebih kutuk. Chow!



Posted at 11:09:09 am by gild
Tak rasa mahu komen?  

Monday, September 08, 2008
[ T . U . A ]

+ Jumaat lepas, aku bertambah tua. Terima kasih pada yang mengingatkan aku dengan kad bear tersepit yang meriahnya itu. Aku cadang mahu letak gambar kad tersebut. Tapi tak jadi sebab tak bawa kamera.

+ Atas meja aku penuh dengan kad-kad ucapan pelbagai bangsa. Ya, terima kasih anak-anak murid aku sebab ingat juga tarikh itu.

+ Aku tak kisah ada orang ingat ke tak tarikh itu. Sebab usia tetap akan berkurang walaupun kita tak kira. Kita tetap akan jumpa mati akhirnya.

+ Dah 8 Ramadhan, ada dua hari lagi untuk mendapat pengampunan kan?

+ Chow!

+ p/s: agaknya sebab menghormati Ramadhan kot kes liwat itu tidak diberitakan lagi. Hu hu hu

 


Posted at 10:52:07 am by gild
Tak rasa mahu komen?  

Previous Page Next Page