Guru yang separa sedar; Mengajar, belajar atau .....








gild

Pernah orang bertanya; Kenapa perlu berjuang kalau sepanjang jalan tidak menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan?

[ About Gild ]

[ Sejak Mac 2004 ]





[ Link Me ]



[ Banner dari ehsan Teman - Credit to her ]




[ Sembang dalam bilek ]
   

[ Aku dalam gambar ]

[ Tuan Bilek ]


Gild diambil dari bahasa arab yang bermaksud kulit nisbah kepada nama Kampung aku, Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenar Felza Zurrasyiiq Bin Abd. Hamid. Diputerakan pada tanggal 5 September 1981 dan kini berumur 27 tahun. Pemegang Ijazah Fakulti Usuluddin, Jabatan Aqidah dan Falsafah di Universiti al-Azhar cawangan Manoufia, Mesir. Setakat ini masih tersekat di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang.


[ Taqwim & Arkib ]
<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

[ Bilek Orang ]
Akhimasrawi :: Amiza Khusyri
Nani :: Ainul
Hudasoid :: Ghafirah
Wanzu :: Thurayya
Nurein :: Lavendar
Rina :: Nazmi
Nile-Chem :: Syam
IceSoul :: Alana
Widz :: Salha
Alifstyle :: al-Qadiri
Muiz :: Teman
Wa@Eisraa :: Rodi Puyek
Mahput :: Zul Damanhur
Abalong :: Kak Yalin
Tawel :: Kha
Ubai :: Herda
Kak Nyemah :: Nailofar
Xarafatima :: Kay
Mus'ad

teMan-xBlog


[ Bilek Lepak ]
Alwancomics
Gengjurnal
Pergh.com

[ Bilek Bacaan ]
Utusan
Harakah



[ Bilek Tamu ]
[ Lepak / komen ]
Get a free Guestbook

Hit Counter
Free Counter




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, October 15, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 6: Another Funeral

+ Malam raya ke tiga, Abalong datang membawa anak sulongnya bersama adik-adik, Mak Anjang sekeluarga, serta Mak Andak. Kunjungan yang pasa zahirnya biasa berbual, berseloroh. Itulah keluarga besar aku kalau berkumpul beramai-ramai. Namun siapa yang tahu kunjungan itu merupakan kunjungan terakhir Mak Andak ke rumahku.

+ Malam itu sambil kami berbual, Mak Andak boleh  tertidur. Sampai waktu nak balik baru kami kejutkan dan dia mengadu letih. Lebih kurang pukul 2 pagi telefon rumah berdering membawa berita gempar dari Mak Anjang; Mak Andak tidak sedarkan diri.

+ Kami sekeluarga bergegas ke Berchang. Sampai berdekatan rumah Mak Andak kereta aku berselisih dengan Ambulan yang kosong datang dari rumahnya. Hati aku berdetik; 'Ambulan kosong; Sama ada dia tak ada apa-apa atau sudah tiada.' Namun terkaan pertama aku meleset dengan pengkhabaran bahawa Mak Andak sudah tiada.

+ Arwah adalah adik kepada arwah ayah. Perginya di dalam tidur. Tiada apa-apa tanda sakit. Dan perginya di Pagi Jumaat 3 Syawal 1429. Maka berterusanlah pagi itu dengan menguruskan jenazah dari mandi, kapan, solat serta pengkuburan. Semuanya selesai lebih kurang pukul 11.00 pagi.

+ Arwah adalah orang yang ketiga dalam keluarga sebelah ayah aku yang meninggal sebegitu. Bermula arwah datuk yang juga meninggal dalam tidur, kemudian arwah ayah aku yang meninggal sejurus selepas solat Subuh dan kini dia. Konklusi bidang perubatan akan mengatakan ia adalah serangan jantung. Aku tidak nafikan dan aku perlu tahu ia bersifat genetik.

+ Al-fatihah untuk arwah Ustazah Dalilah Bte Ibrahim. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

+ Tammat.

+ Chow!


Posted at 11:33:30 am by gild

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry