Guru yang separa sedar; Mengajar, belajar atau .....








gild

Pernah orang bertanya; Kenapa perlu berjuang kalau sepanjang jalan tidak menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan?

[ About Gild ]

[ Sejak Mac 2004 ]





[ Link Me ]



[ Banner dari ehsan Teman - Credit to her ]




[ Sembang dalam bilek ]
   

[ Aku dalam gambar ]

[ Tuan Bilek ]


Gild diambil dari bahasa arab yang bermaksud kulit nisbah kepada nama Kampung aku, Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenar Felza Zurrasyiiq Bin Abd. Hamid. Diputerakan pada tanggal 5 September 1981 dan kini berumur 27 tahun. Pemegang Ijazah Fakulti Usuluddin, Jabatan Aqidah dan Falsafah di Universiti al-Azhar cawangan Manoufia, Mesir. Setakat ini masih tersekat di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang.


[ Taqwim & Arkib ]
<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

[ Bilek Orang ]
Akhimasrawi :: Amiza Khusyri
Nani :: Ainul
Hudasoid :: Ghafirah
Wanzu :: Thurayya
Nurein :: Lavendar
Rina :: Nazmi
Nile-Chem :: Syam
IceSoul :: Alana
Widz :: Salha
Alifstyle :: al-Qadiri
Muiz :: Teman
Wa@Eisraa :: Rodi Puyek
Mahput :: Zul Damanhur
Abalong :: Kak Yalin
Tawel :: Kha
Ubai :: Herda
Kak Nyemah :: Nailofar
Xarafatima :: Kay
Mus'ad

teMan-xBlog


[ Bilek Lepak ]
Alwancomics
Gengjurnal
Pergh.com

[ Bilek Bacaan ]
Utusan
Harakah



[ Bilek Tamu ]
[ Lepak / komen ]
Get a free Guestbook

Hit Counter
Free Counter




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, October 13, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 5: Ziarah jama'ie

+ Ziarah Jama'ie

+ Raya kedua. Memang secara rutinnya masa aku untuk pergi beraya. Dulu-dulu aku dok tumpang orang je. Zaman moto duk bonceng moto orang. Zaman keta duk tumpang keta orang. Kali ini, buat first time; Aku jadi Drebar. Ha ha ha (gelak orang bangga)

+ Cadangannya, aku dan Mat Keli mahu ke rumah Rahim yang berada nun di Dada Kering (Jalan Lipis - Gua Musang), rumah yang mesti aku pergi tiap-tiap kali raya. Bukan adik dia lawa atau ade anak jiran dia ayu, tapi dah memang rutin aku. Hampir 2 jam bersembang kisah masing-masing, aku, Mat Keli dan Rahim ke rumah Syukur tidak jauh dari situ. Syukur antara sahabat aku yang sudah masuk alam kedua. Bukan alam barzakh.

+ Seterusnya ke rumah Sabri Akob yang ramai anak sedara yang comel lote dan ayu. Sahabat juga berbau bacang dengan aku. Kisah dia menarik. SPM keduanya mampu merubah kehidupan yanag nampak macam malap selepas hampir gagal dalam SPM pertama. Katanya dah dapat kerja bahagian perancangan bandar di Selangor.

+ Kemudian ke Kampung Gua, rumah Nuar Bungo dan Yien. Kat situ jumpa Wan Panjang dan Isteri dalam rehlah rayanya ke Lipis. Katanya mahu ke rumah aku dan Mat Keli. Selesai beraya kami menuju rumah masing-masing.

+ Petang itu Wan ke rumah aku. Lama juga bersembang tentang sahabat-sahabat lain. Ke mana, siapa, bagaimana.  Walaupun raya tahun ni tidak berapa ramai yang aku jumpa tapi kira meriah la jugak.

+ Chow!

+ P/s: Korang dengar tak hari tu berita kata Minyak dunia sudah turun +/- USD 30 setong? Korang ingat tak Pak Lah kata nak turun rege minyak ikut pasaran dunia? Aku ingat .... (sambil mata melihat siling putih).

+ P/s 2: Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada calon PMR 2008.


  

Posted at 10:34:45 am by gild

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry