Thursday, October 23, 2008
[ Cuba lihat dari arah lain ] - Entri terakhir di bilek kechek.
+ Assalamualaikum
+Manusia diberi 2 biji mata seorang. Tiada yang lebih; Yang kurang itu ditentukan Allah sebagai ujian. Gunanya untuk melihat. Mata-mata itu berada di anggota paling atas iaitu kepala. Namun, mata-mata yang hanya boleh melihat zahir perlu kepada otak yang mengandungi akal. Otak diberi seorang satu. Tiada yang lebih. Gunanya juga untuk melihat. Melihat apa yang mata tidak boleh melihat. Kerana otak itu tidak terzahir, akal itu tidak boleh dilihat, maka gunanya untuk melihat apa yang mata tidak boleh lihat. ...... baca seterusnya
+ Saya sudah berpindah. Bilek kechek ini akan kosong bertuankan jin. Ha ha ha. Jika sapa-sapa mahu masuk singgah banyak-banyak la baca fatihah. :)
+ Jumpa saya di Ro'yun Akhar @ Another view.
+ Chow! Selamat bercuti.
Posted at 9:57:11 am by
gild
[ Topik & Komen ]
Thursday, October 16, 2008
+ Aku cadang; Mahu renovate bilik ini. Sudah lama. Gambar-gambar pada banner itu pun sudah tidak valid. Hampir 2 tahun aku tinggalkan Mesir, mereka di dalam gambar itu pun sudah meninggal ...... kan Mesir. Jadi, aku cadang mahu renovate.
+ Tempohnya aku belum tahu bila. Mungkin sehari, mungkin 2 hari, mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun. Tengok pada kontraktor yang aku lantik itu. Kalau ada unsur politik macam kontraktor 'Politeknik Muadzam Shah' mungkin akan sampai 10 tahun belum siap lagi.
+ Semoga bertemu kembali di laman lebih terkini. Chow!
Posted at 9:10:43 am by
gild
[ Topik & Komen ]
Wednesday, October 15, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 6: Another Funeral
+ Malam raya ke tiga,
Abalong datang membawa anak sulongnya bersama adik-adik, Mak Anjang sekeluarga, serta Mak Andak. Kunjungan yang pasa zahirnya biasa berbual, berseloroh. Itulah keluarga besar aku kalau berkumpul beramai-ramai. Namun siapa yang tahu kunjungan itu merupakan kunjungan terakhir Mak Andak ke rumahku.
+ Malam itu sambil kami berbual, Mak Andak boleh tertidur. Sampai waktu nak balik baru kami kejutkan dan dia mengadu letih. Lebih kurang pukul 2 pagi telefon rumah berdering membawa berita gempar dari Mak Anjang; Mak Andak tidak sedarkan diri.
+ Kami sekeluarga bergegas ke Berchang. Sampai berdekatan rumah Mak Andak kereta aku berselisih dengan Ambulan yang kosong datang dari rumahnya. Hati aku berdetik; 'Ambulan kosong; Sama ada dia tak ada apa-apa atau sudah tiada.' Namun terkaan pertama aku meleset dengan pengkhabaran bahawa Mak Andak sudah tiada.
+ Arwah adalah adik kepada arwah ayah. Perginya di dalam tidur. Tiada apa-apa tanda sakit. Dan perginya di Pagi Jumaat 3 Syawal 1429. Maka berterusanlah pagi itu dengan menguruskan jenazah dari mandi, kapan, solat serta pengkuburan. Semuanya selesai lebih kurang pukul 11.00 pagi.
+ Arwah adalah orang yang ketiga dalam keluarga sebelah ayah aku yang meninggal sebegitu. Bermula arwah datuk yang juga meninggal dalam tidur, kemudian arwah ayah aku yang meninggal sejurus selepas solat Subuh dan kini dia. Konklusi bidang perubatan akan mengatakan ia adalah serangan jantung. Aku tidak nafikan dan aku perlu tahu ia bersifat genetik.
+ Al-fatihah untuk arwah Ustazah Dalilah Bte Ibrahim. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
+ Tammat.
+ Chow!
Posted at 11:33:30 am by
gild
[ Topik & Komen ]
Tuesday, October 14, 2008
+ Cerita Syawal 1429 diberhentikan sebentar untuk pesanan penaja.
i - Malaysia Truly Asia
+ Pakej baru untuk pelancong datang ke Malaysia: Free Dato' kalau boleh mem'promosi'kan Malaysia. Cth; Shah beRukh Khan selalu buat filem kat Malaysia, kan promosi tu.
ii - Jawatan kosong dalam UMNO
+ Pengerusi UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia
+ Kreatria yang diperlukan:
1- Bersih dari tuduhan meliwat
2- Cekap menggunakan ISA
3- Amanah dalam menggunakan harta kerajaan seperti membina bangunan besar-besar tinggi-tinggi.
iii - Drama Indonesia terbaharu
+ Pak kami mahu balik raya, tapi tongkang kami pecah pak!
+ Chow!
Posted at 2:06:45 pm by
gild
[ Topik & Komen ]
Monday, October 13, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 5: Ziarah jama'ie
+ Ziarah Jama'ie
+ Raya kedua. Memang secara rutinnya masa aku untuk pergi beraya. Dulu-dulu aku dok tumpang orang je. Zaman moto duk bonceng moto orang. Zaman keta duk tumpang keta orang. Kali ini, buat first time; Aku jadi Drebar. Ha ha ha (gelak orang bangga)
+ Cadangannya, aku dan Mat Keli mahu ke rumah Rahim yang berada nun di Dada Kering (Jalan Lipis - Gua Musang), rumah yang mesti aku pergi tiap-tiap kali raya. Bukan adik dia lawa atau ade anak jiran dia ayu, tapi dah memang rutin aku. Hampir 2 jam bersembang kisah masing-masing, aku, Mat Keli dan Rahim ke rumah Syukur tidak jauh dari situ. Syukur antara sahabat aku yang sudah masuk alam kedua. Bukan alam barzakh.
+ Seterusnya ke rumah Sabri Akob yang ramai anak sedara yang comel lote dan ayu. Sahabat juga berbau bacang dengan aku. Kisah dia menarik. SPM keduanya mampu merubah kehidupan yanag nampak macam malap selepas hampir gagal dalam SPM pertama. Katanya dah dapat kerja bahagian perancangan bandar di Selangor.
+ Kemudian ke Kampung Gua, rumah Nuar Bungo dan Yien. Kat situ jumpa Wan Panjang dan Isteri dalam rehlah rayanya ke Lipis. Katanya mahu ke rumah aku dan Mat Keli. Selesai beraya kami menuju rumah masing-masing.
+ Petang itu Wan ke rumah aku. Lama juga bersembang tentang sahabat-sahabat lain. Ke mana, siapa, bagaimana. Walaupun raya tahun ni tidak berapa ramai yang aku jumpa tapi kira meriah la jugak.
+ Chow!
+ P/s: Korang dengar tak hari tu
berita kata Minyak dunia sudah turun +/- USD 30 setong? Korang ingat
tak Pak Lah kata nak turun rege minyak ikut pasaran dunia? Aku ingat
.... (sambil mata melihat siling putih).
+ P/s 2: Selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada calon PMR 2008.
Posted at 10:34:45 am by
gild
[ Topik & Komen ]
Friday, October 10, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 4: 'Eid al-Ula.
+ 1 Oktober 2008 dah ditetapkan sebagai tarikh Aidilfitri tahun hijrah ini. Hari sebelumnya sudah sembelih ayam kampung mak aku. Ya, tahun ini menunya Ketupat Segera Adabi dan Rendang Ayam Kampung.
+ Tahun ni juga tak macam tahun lepas. Aku tak jadi khatib raya di surau Kuala Lambar sebab surau tak buat sembahyang raya. Jadi aku dan famili bersolat di Masjid Berchang.
+ Sesudah
bergambar raya, rutin Aidilfitri diteruskan dengan menziarah kubur arwah ayah kemudian beraya ke rumah Pak Itam dan Mak Andak.
+ Petangnya Pendi dan Yusran datang beraya. Pendi sudah berAvanza. Orang dah bertunang la katakan. Kemudian kami ke rumah Mat Keli; geng kami yang kerja paling jauh. Di Perlis. Cadangnya mahu ke rumah Nahar & Darna tapi oleh kerana Nahar tak balik raya, cadangan itu
ditutup dibatalkan.
+ Raya pertama selesai mengikut rutinnya. Esok aku dan Mat Keli sudah bercadang mahu berkonvoi bujang raya. Err konvoi kena banyak keta kan? Kalau 2 keta je kira konvoi ke?
+ p/s: Kenapa Pak Lah x mboh jadi Perdana Menteri dah? Sila jawab kalau korang tahu jawapannya. Ha ha ha.
+ Chow!
Posted at 10:47:10 am by
gild
[ Topik & Komen ]
Thursday, October 09, 2008
[ Syawal 1429 ] - Episod 3: al-Isti'dad
+ Dengan keta yang *ghebeh bamper, due date servis yang makin hampir serta **sepucuk surat cinta dari si baju putih atas jalan raya, maka raya tahun ni aku terpaksa berjimat. Sangat berjimat. Bukan aku kedekut nak pecahkan duit raya atau membeli pakaian raya. Lagipun aku bukan dapat bonus macam orang keja gomen yang lain dapat. Baju baru bukan syarat menyambut Aidilfitrikan? Hu hu hu.
+ Jadi raya tahun ni aku hanya ada 3 sahaja perkara baru;-
1. Kupiah baru. (Itu pun sebab aku tertinggal kupiah kat Ibam.)
2. Rambut 'baru' gunting. (Tak gunting kang orang kata aku ni mat ganja, bukan cikgu!)
3. Kereta BARU kene langgar!
+ Chow! Oh, lupa; Chager Travel baru. Yang lama anak sedara rosakkan. Chis!
+ p/s: Al-Isti'dad: Persediaan.
*Ghebeh: Koyak, rosak dan yang seangkatan dengnnya.
**Aku kena kat Kuala Pilah on the way gi amik adik aku kat KLIA.
Posted at 9:32:44 am by
gild
[ Topik & Komen ]